Thursday, May 7, 2009

Semoga semuanya selamat sejahtera



Selamat pagi semua, semoga semalam yang berlalu membawa keceriaan kepada pagi yang indah ini. Nikmatilah keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa. Lontarkanlah pandangan mu diluar sana, sang mentari masih lagi setia bersinar, sang burung menyanyi-nyanyi keriangan, sang bayu pagi bagaikan membelai pepohon memujuk rayu agar menari mengikut irama alam yang sedang didendangkan. Alangkah cerianya suasana itu alangkah bertuahnya kita menjadi sebahagian daripadanya.Bershukurlah kepada Yang Maha Esa kerana masih lagi memberi keceriaan kepada kita sedangkan pada hakikatnya kita kadang kala alpa dengan suruhannya.
Ya! Allah ampunkanlah akan dosa-dosa ku, dosa-dosa kedua orang tua ku, dosa-dosa isteri dan anak-anak ku, begitu juga dosa-dosa seluruh umat Islam baik yang hidup mahu pun yang telah pergi meninggalkan kami. Lindungilah kami, tenangkan dan ceriakanlah kehidupan kami, murahkanlah rezeki kepada kami. Jangan lah Kau jatuhkan kemurkaanMU terhadap kami, kesianilah akan kami.
Ya Allah, kepada Mu lah kami berserah dan kepada Mu kami memohon pertolongan, tujukanlah kami kearah jalan yang benar jalan yang diredai oleh Mu Ya Allah.
Sesungguhnya kami mengaku tiada tuhan yang berhak disembah malainkan Mu Ya Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Amin Ya Rabill Alamin.
nikkie8111