Wednesday, June 11, 2008

Selamat menyambut hari Bapa


Sabtu ini adalah hari bapa. Hari untuk mengenangkan jasa bapa-bapa diseluruh dunia. Aku tidak terkecuali, aku adalah salah seorang bapa didunia ini, mempunyai 4 orang anak yang begitu comel dan begitu manja dengan aku. Aku amat menyanyangi mereka sepenuh hati aku, anak-anak ku ibarat kekuatan hidup ku. Tanpa hilai tawa dan kemanjaan mereka terasa kosonglah kehidupan ini.
Sempena hari bapa ini juga hati ku terdetik mengenangkan bapaku yang telah tiada. Hatiku sayu mengenangkan kenangan bersamanya.
Kenangan suka duka menjadi anak kepada seorang bapa. Aku tertanya juga pada perasaan ku ini, adakan perasaan anak-anak ku sama seperti perasaan aku semasa zaman keanakan aku dahulu.
Aku sedar..... terlalu besar pengorbanan mu ayah dalam mencari rezeki dan menjalankan tanggungjawab mu demi membentuk satu keluarga bahagia. Walaupun kau tersungkur
rebah demi keluarga mu. kau tetap bangun dan meneruskan segala tanggung jawab mu agar kami semua terisi dengan segala kesenangan hidup.
Ya Allah ! ampunkanlah akan segala dosa ibubapa ku, tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh.
Aku sedar bukan senang untuk menjadi ketua keluarga dan memikul beban yang diamatkan oleh Allah SWT. Oleh itu: - kepada anak-anak ku Arisha, Hafiz, Faris & Ardiyana. Ayah berjanji akan sentiasa menyanyangi dan menjaga kamu semua, baik pada waktu senang mahupun susah.
Kepada Isteri ku yang tercinta Norwalis terimakasih kerana sentiasa bersama dalam mengharungi kehidupan ini dalam waktu susah mahupun senang.
Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa didunia ini. Semoga semua bapa-bapa didunia ini sedar akan tanggungjawab terhadap keluarga masing-masing.

3 comments:

ctfieda said...

Selamat Hari Ayah!!!! Pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah begitu besar makna terhadap anak2. Semoga anak2 ini tidak lupakan ayah ya!

Nikkie 8111 said...

ayah!!! nak cokelat cadburie......

luzonsavana said...

lama dh x update blog ni... bz kot... ko guano cik nik?