Sunday, August 5, 2007

ketika hati berdetik menilai diri

Isnin - 6/8/07



Adakah aku bersalah........
masih lagi mengenangkan mu
walaupun aku tahu jalan itu tidak bisa lagi
membawa aku pulang ke waktu itu

Adakah aku bersalah...........
melabuhkan tirai kenangan semalam
sekadar untuk aku meniduri malam ku
yang begitu resah di usik igauan


Adakah aku yang bersalah........
masih lagi bermimpikan diri mu
walaupun aku sedar pada hakikatnya
kau tak akan berada disisiku untuk selamanya

Adakah aku bersalah.........
mengubati jiwaku yang lara ini
dengan mengenangkan mu
agar reda segala badai yang
melanda perasaan ini

Aku sedar........
dan aku mengerti
realitinya masa itu akan berlalu dan pasti terus berlalu
hanya fantasi yang mampu menghentikan waktu itu.








2 comments:

item4grab said...

meemmaaanng salah! pasai zaman lar ni bukan lagik zaman untuk bermimpi di alam fantasi.... hiduplah dalam alam realiti kawan... realiti...realiti...realiti....

abbies said...

yes....hidup dialam realiti..Bukan sentiasa bermimpi! kerna real life tidak seindah mimpi..But dreams can take us anywhere...cheersss..