Wednesday, July 11, 2007

Sepinya sebuah perjalanan...........

Kesepian itu melanda lagi didalam jiwaku ini…….sukar untuk aku mengerti mengapa perasaanku harus begini……ku helakan nafas ku, lalu aku terkaku…..dan menerpalah segala seribu kenangan lalu yang bermain di fikiranku ini……..Aku jadi alpa……kenangan itu memimpin perasaan ku untuk terjun ke dalam dasar hati ku mengorek kembali segala kazanah kenangan yang telah terbuku didasarnya. Oh! betapa haru-biru rasanya jiwa yang bergolak diusik kenangan, perasaan gembira, sedih, sepi, seronok datang bertamu di sudut hati ini. Sesungguhnya kenangan-kenangan itu lah telah membenihkan pengalaman dan mengajar aku akan erti kedewasaan. Kesedihan mengajar aku erti tabah and perasaan cinta itu mengajar aku menjadi seorang perindu yang setia. Langkah harus diteruskan..............jauh perjalanan luas pemandangan.

1 comment:

abby said...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yg tdk baik, fikirkan tentang seseorang yg tdk dapat berkata-kata sama sekali...

Sebelum kita mengeluh tdk punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta.

Hari ini sebelum kita mengeluh ttg hidup, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat...

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yg tdk berdosa...

dan ketika sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, tersenyum dan berterima kasihlah kpd tuhan bahawa kita masih hidup....